[VIDEO] Kumpulan juruukur tanah terpaksa bunuh ular sawa bersaiz anaconda

SEEKOR ular sawa gergasi ditemukan sekumpulan juruukur tanah di kawasan hutan Tanjung Lutong di Lingga di sini, semalam.




Video berdurasi 2.45 saat yang dirakam kumpulan terbabit turut tular di laman sosial Facebook, hari ini.

Walaupun tiada maklumat lanjut berhubung penemuan itu, difahamkan ular sawa terbabit berukuran sembilan meter panjang.

Kumpulan juruukur yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta dikatakan bertembung dengan reptilia gergasi itu yang menjalar di laluan mereka.

Memetik laporan akhbar tempatan, Utusan Borneo, kerana bimbangkan keselamatan mereka berikutan saiz ular itu yang luar biasa, kumpulan juruukur terbabit terpaksa membunuhnya.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Marjuki Muhi ketika dihubungi reptilia itu ditemui kira-kira 20 meter dari laluan harian ke lokasi kajian mereka.





Bimbang akan keselamatan, kumpulan itu terpaksa mengambil tindakan membunuh haiwan tersebut kerana tidak mempunyai pilihan lain.

“Di sinilah kami terserempak dengan binatang buas ini, spesies ular ini boleh dikatakan (macam) anaconda yang dianggarkan mencecah berat hampir setengah tan di mana ia meluru ke arah kami dan di jarak 50 meter ia terus mendiamkan diri mungkin pada ketika itu ia terserempak dengan kumpulan kami.

“Mungkin ia berfikir sama ada menyerang ataupun tidak, jadi kami sekumpulan berpakat untuk menghalau atau membunuh binatang tersebut jika tidak bunuh kami fikir kami merasakan kami terancam kerana setiap hari kami menggunakan kawasan ini sebagai laluan harian kami untuk ke tempat kerja,” kata Marjuki ketika ditemui.

Baginya nyawa mereka lebih penting meskipun sedar tindakan membunuh haiwan berkenaan adalah dilarang kerana ia merupakan spesies terancam.

Mereka kemudiannya dilaporkan menanam bangkai ular gergasi itu di hutan terbabit.



(Visited 672 times, 1 visits today)

Comments

comments