Barcelona pecat Valverde, lantik Setien

BARCELONA memecat jurulatihnya Ernesto Valverde dan menamakan bekas jurulatih Real Betis, Quique Setien sebagai pengganti menurut kenyataan kelab itu.

“FC Barcelona dan Quique Setien sudah mencapai persetujuan untuk mengambil tugas jurulatih utama sehingga 30 Jun 2022,” menurut juara Sepanyol itu dalam satu kenyataan.


Valverde, 50, memacu Barcelona menjuarai La Liga pada 2018 dan 2019, tergugat menerusi jawatannya pada musim ini berdasarkan tahap prestasi pasukan yang meragukan walaupun berada di puncak carta liga pada separuh mata daripada kempen.

Valverde adalah jurulatih pertama Barca yang dilepaskan pada pertengahan kempen sejak Louis van Gaal dipecat pada Januari 2003 dengan pasukan berada di kedudukan ke 12 dalam carta.

Dia juga memenangi Piala Raja Sepanyol pada 2018 selepas mengambil alih pada 2017.

Barcelona mendahului kedudukan liga dengan 40 mata, mengatasi pasukan di tempat kedua Real Madrid dengan perbezaan jaringan.




Barca juga berada dalam kelompok 16 terakhir saingan Liga Juara-Juara, dimana mereka akan berdepan Napoli.

Sekalipun mempunyai rekod domestik menakjubkan, kedudukan Valverde agak goyah kerana kegagalan untuk memenangi Liga Juara-Juara, memperoleh kejutan selepas disingkirkan AS Roma pada 2018 dan Liverpool pada 2019 selepas mendahului tiga gol pada setiap pertemuan pertama.

Lebih membimbangkan kedudukan seri 2-2 berdepan pasukan bergelut Espanyol disusuli kekalahan 2-3 ke atas Atletico Madrid pada separuh akhir Piala Super Sepanyol.

Setien, 61, melatih Real Betis musim lalu namun meninggalkan kelab itu berdasarkan persetujuan selepas membawa kelab itu menamatkan saingan di tempat ke-10.

Bekas pemain Atletico Madrid dan Racing Santander dikenali dengan taktikal bola sepak dan plan perlawanan menyerang, di mana sesuai dengan cara Barcelona yang dikenali dengan permainan gaya ikonik era Pep Guardiola.




(Visited 164 times, 1 visits today)

Comments

comments