Amri Yahyah sah perkuat Sarawak United

Akhirnya tanda tanya ke mana hala tuju Amri Yahyah selepas meninggalkan Selangor, terjawab jua.



Pemain berusia 39 tahun itu nampaknya membawa diri ke Malaysia Timur untuk menyertai pasukan ‘baru’ Sarawak United yang akan beraksi di Liga Premier pada musim hadapan. Amri dilihat beraksi untuk pasukan tersebut dalam perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Pastinya kelibat Amri didambakan Sarawak United untuk membantu membimbing barisan pemain muda yang dimiliki mereka. Pada musim lalu, Sarawak tersingkir daripada saingan Liga Premier, tetapi bergabung dengan Selangor United yang naik ke Liga Premier daripada Liga M3 untuk menjadi Sarawak United.





Selain Amri, antara pemain yang dikhabarkan turut memperkuat Sarawak United adalah bekas penyerang Pahang Fauzi Roslan, bekas pemain sayap Felda United S. Chanturu. Sarawak turut membawa pulang Ashri Chuchu yang sebelum ini beraksi untuk Kuala Lumpur.

Amri sebelum ini pernah memberi amaran kepada Selangor bahawa pasukan yang akan disertainya tidak akan mampu mereka tewaskan, dan nampaknya kita perlu menunggu jika Sarawak akan bertemu Red Giants dalam saingan Piala FA atau Piala Malaysia.




(Visited 33 times, 1 visits today)

Comments

comments