[VIDEO] Kecoh lelaki ‘lalok’ panjat papan tanda lebuh raya

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai dalam keadaan ‘lalok’ atau separuh sedar memanjat papan tanda lebuh raya di jalan Bukit Bintang di sini.

Perkongsian video dimuat naik di Facebook Nick SHah RUL memaparkan suasana kecoh apabila lelaki itu enggan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa yang turut berada di lokasi kejadian.


Status Shah Rul mendakwa lelaki itu sedang lalok dan membuat kecoh, malah anggota polis dan bomba sedang berusaha menyelamatkan mangsa.

Video berdurasi 12 saat tular yang di laman sosial itu menunjukkan lelaki berkenaan sedang ‘bersantai’ di atas papan tanda itu.

Pelbagai usaha dilakukan anggota keselamatan untuk menurunkan mangsa yang dilihat berpaut pada besi papan tanda itu.




Individu tersebut ingkar dengan arahan pihak berkuasa dan turut menyepak seorang anggota bomba yang cuba menurunkannya.

Bagaimanapun aksi mendebarkan itu berakhir setelah lelaki itu terjatuh dari papan tanda berkenaan dan diselamatkan oleh anggota bertugas.

Orang ramai yang lalu di kawasan itu turut menyaksikan insiden tersebut.



(Visited 80 times, 1 visits today)

Comments

comments