Guna imej bapa dalam logo: Anak perempuan Bruce Lee saman rangkaian restoran

SHANGHAI: Sebuah syarikat yang diuruskan oleh anak perempuan Bruce Lee memfailkan saman terhadap sebuah restoran makanan segera kerana menggunakan imej legenda seni bela diri itu dalam logo tanpa mempunyai izin.

Reuters yang memetik laporan The Paper melaporkan, saman itu menuntut pampasan bernilai 210 juta Yuan (RM124 juta).


Bruce Lee Enterprises, yang kini diketuai Shannon Lee, memfailkan kes itu terhadap rangkaian restoran Real Kungfu di mahkamah di Shanghai pada Rabu, dengan mendesak restoran itu menghentikan penggunaan imej dan membayar jumlah tambahan 88,000 Yuan untuk kos guaman.

Rangkaian restoran berpangkalan di Guangzhou itu juga perlu mengeluarkan pengakuan bahawa ia tidak ada kaitan langsung dengan Bruce Lee. Real Kungfu, yang menjual hidangan nasi dalam mangkuk gaya China, diasaskan pada tahun 1990 dan mempunyai cawangan di 57 bandar di seluruh China.





Image result for Shannon Lee"Logo yang digunakan itu memaparkan lelaki berbaju lengan panjang warna kuning, dan menunjukkan aksi sedia menyerang yang mirip gaya popular Bruce Lee.

Real Kungfu menerusi akaun Weibo pada Khamis berkata pihaknya ‘keliru’ dengan saman tersebut kerana logo itu telah digunakan selama 15 tahun. Tambahnya, walaupun terdapat bebeapa isu pada masa lalu, penggunaan logo itu telahpun diluluskan oleh pihak berkuasa China.

Kes tuntutan saman itu hadir selepas China berjanji mahu memperbaiki isu hak cipta dan perlindungan harta intelek serta mengenakan hukuman penalti yang lebih ketat.



(Visited 87 times, 1 visits today)

Comments

comments