Budak 8 tahun jana RM107.6 juta setahun dari Youtube

Kanak-kanak berusia lapan tahun, Ryan Kaji yang menjana pendapatan AS$26 juta (RM107.6 juta) tahun ini melalui siaran YouTube diiktiraf sebagai pencipta kandungan paling tinggi platform berkenaan, lapor majalah Forbes.

Pemilik nama sebenar Ryan Guan itu sebelum ini turut mencatat pendapatan tertinggi di YouTube tahun lalu apabila meraih AS$22 juta (RM91 juta).



Saluran Ryan’s World yang dilancarkan ibu bapa Ryan Kaji pada 2015 baru berusia tiga tahun tetapi sudah mempunyai 22.9 juta pelanggan.

Mula dikenali sebagai Ryan Toys Review, saluran itu umumnya memaparkan klip video Kaji membuka kotak permainan dan bermain dengan alat permainan tersebut.

Beberapa klip video di salurannya meraih lebih daripada satu bilion tontonan dan menurut web analitik Social Blade secara keseluruhan Ryan’s World menerima 35 bilion tontonan sejak ia mula beroperasi.

Nama saluran itu ditukar baru-baru ini selepas mendapat bantahan daripada sebuah organisasi hak pengguna, Truth In Advertising.





Truth In Advertising menuduh saluran itu tidak menyatakan dengan jelas sama ada video itu ditaja atau tidak.

Saluran berkenaan berkembang mengikut usia Ryan Kaji dan kini menawarkan lebih banyak video berbentuk pendidikan selain permainan.

Mengikut ranking Forbes, Ryan Kaji memintas saluran Dude Perfect – dikendalikan lima sekawan dari Mexico – yang berada di tempat kedua dengan pendapatan mencecah AS$20 juta (RM82.8 juta).

Dude Perfect memaparkan cubaan mereka melakukan beberapa aksi sukar seperti cuba menjaringkan bola keranjang dari atas bangunan atau helikopter.



(Visited 162 times, 1 visits today)

Comments

comments