VIDEO Aksi Remaja Panjat Kren Tinggi Pula Popularkan Ipoh

No automatic alt text available.Ipoh: Selepas aksi berani sekumpulan pendaki memanjat mercu tanda IPOH kecoh di media sosial sejak beberapa hari lalu, satu lagi kejadian sama kini menarik perhatian netizen membabitkan seorang lelaki memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di bandar raya ini.

Aksi terbabit melihat remaja berkenaan memanjat sebelum mengambil foto selfie di atas kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini.

Video berdurasi satu minit 22 saat itu tular di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki memanjat sebuah kren sebelum mengambil gambar secara swafoto di atas kren berkenaan.

Difahamkan, satu laporan polis sudah dibuat syarikat pembinaan itu berhubung tindakan lelaki berkenaan di Balai Polis Pekan Bharu di sini, 10 pagi tadi.






Image may contain: outdoorPengurus Besar Syarikat Sycal Berhad, Mohd Pauzi Mad Isa berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat kren di kawasan tapak pembinaan berkenaan.

Katanya, justeru itu, tindakan lelaki berkenaan adalah menyalahi undang-undang kerana menceroboh kawasan pembinaan tanpa kebenaran.

BACA: VIDEO Aksi Remaja Panjat Papan Tanda ‘Ipoh’, MBI Akan Buat Laporan Polis

Image may contain: sky and outdoor“Kami serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan selepas laporan polis dibuat oleh syarikat pagi ini.

“Namun dalam masa sama pihak syarikat akan menyiasat bagaimana lelaki berkenaan boleh memasuki kawasan itu sedangkan ia dikawal oleh pengawal keselamatan,” katanya ketika dihubungi.

(Visited 11 times, 1 visits today)

Comments

comments

,