Video: Pekerja Wanita Wajib Cium Bos Setiap Pagi Sebelum Kerja

kissing_boss.jpgSANGGUPKAH anda bekerja dengan majikan yang mewajibkan anda mencium pegawai atasan setiap pagi sebelum memulakan kerja?

Namun itulah peraturan pelik sebuah syarikat menjual peralatan membuat minuman di Beijing kononnya bagi mengeratkan hubungan antara pekerja dengan pegawai atasan.

Menurut laporan Shanghaiist, setiap pagi kakitangan wanita perlu berbaris dan mencium ketua mereka sebelum mula bekerja dan video serta gambar kejadian itu kini menjadi viral di media sosial China.

Ramai yang hairan bagaimana para pekerja wanita di syarikat itu masih boleh terus bertahan dengan syarat yang jelas mencabuli kehormatan wanita.

“Mengapa pekerja wanita ini boleh menerima syarat yang tidak masuk akal ini?

“Teman lelaki atau suami mereka tahu ke tentang perkara ini? Nampak sangat bos mereka ini lelaki gatal yang mengambil kesempatan terhadap pekerja wanita,” kata netizen.

Difahamkan, terdapat dua pekerja wanita yang membantah untuk melakukan perbuatan itu dan mengambil tindakan untuk berhenti kerja dari syarikat berkenaan.

Sementara itu, pegawai ‘miang’ terbabit mengakui aktiviti itu membantu merapatkan hubungan pekerja dengan pegawai atasan dan beliau menyatakan ada sesetengah pekerja wanita benar-benar merinduinya apabila dia tidak berada di pejabat.

“Saya peroleh idea seperti ini apabila membuat lawatan kerja di sebuah syarikat di Amerika Syarikat,” katanya.

MYNEWSHUB.CC/Shanghaiist

(Visited 51 times, 1 visits today)

Comments

comments