VIDEO Seri Bertemu Kedah, Fandi Anggap LionsXII Hanya Bernasib Baik

Pengendali pasukan LionsXII Fandi Ahmad berkata pasukannya bernasib baik untuk berkongsi mata dengan Kedah dalam perlawanan pertama kumpulan A Piala Malaysia tempoh hari.

Kedah berjaya membuka jaringan seawal minit ke-16 menerusi rembatan Sandro Mendonca, tetapi Lions berjaya menyamakan kedudukan sejurus kemudian.

Walaupun raih hanya satu mata, Fandi masih tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya dalam perlawanan itu.


“Kedah merupakan pasukan yang lebih baik daripada kami dalam perlawanan tersebut, kami hanya bernasib baik kerana berjaya menjaringkan gol,” ujar Fandi.

Ketiadaan tonggak utama Khairul Amri sememangnya dirasai oleh Fandi kerana terpaksa meletakkan Safuwan Baharuddin di bahagian serangan.

“Pasukan kami kelihatan agak kurang menyengat kerana ketiadaan Amri. Kepantasan yang dimiliki Amri sangat diperlukan.

Bekas pemain kebangsaan itu percaya terdapat beberapa perkara boleh diperbaiki menjelang perlawanan seterusnya menentang Johor Darul Takzim II.

Highlights

(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,