VIDEO Anjing setia tunggu tuan selama 2 tahun

5AE7264A494A532237E5890FA0D14980Beijing: Kesetiaan seekor anjing menunggu tuannya di tempat sama sejak dua tahun lalu menyentuh perasaan banyak pihak sejak ia tersebar di laman sosial.

Menurut penduduk tempatan, anjing berwarna coklat itu ditinggalkan pemiliknya atas sebab tidak diketahui.

Sejak itu, kata mereka, anjing berkenaan akan menunggu di tempat berkenaan di Jalan Zhonghua tanpa mengira keadaan cuaca.

Seorang daripada penduduk di situ berkata, anjing berkenaan pernah patah kakinya akibat dilanggar kereta.

“Tetapi dalam keadaan begitu pun dia masih menunggu tuannya,” katanya. Seorang pengguna Internet beberapa hari lalu merakam gambar anjing berkenaan menunggu dalam hujan lebat dan memuat naik imej itu ke Facebook dengan kapsyen “Si coklat dungu. Tuanmu tidak akan kembali untuk membawa kamu pulang, tetapi kamu masih setia menunggu!” – Agensi

(Visited 12 times, 1 visits today)

Comments

comments