Nicol juarai Kejohanan Juara-Juara 2014

RATU  skuasy negara Datuk Nicol Ann David memulakan kalendar Tahun Baharu dengan langkah kanan apabila menjuarai Kejohanan Juara-Juara 2014 di New York, Amerika Syarikat.

Pada final di Grand Central Terminal, awal Sabtu, pemain nombor satu dunia itu menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England dengan 11-4, 13-11 dan 11-8 dalam masa 45 minit.

Nicol, 30, yang merupakan juara dunia tujuh kali, berkata beliau gembira untuk merangkul kejuaraan tersebut walaupun terpaksa berjuang untuk mencari rentak pada set pembukaan.

“Pada set kedua, saya meningatkan diri untuk teruskan saingan sehingga ke penghabisan,” kata Nicol dipetik sebagai berkata dalam laman web kejohanan.

Sementara itu, pada final kategori lelaki, pemain Mesir, Amr Shabana, selaku pilihan ketujuh, merangkul gelaran apabila mengejutkan pemain nombor dua dunia, Gregory Gaultier dari Perancis dengan 11-8, 11-3 dan 11-4 dalam pertarungan selama 42 minit. – Bernama

(Visited 18 times, 1 visits today)

Comments

comments

,