Kesabaran Konstabel Muhalim Terima Pengiktirafan PDRM!

KUALA LUMPUR – Satu majlis diadakan untuk menghargai Konst Muhalim Osop yang terlibat dalam penugasan Ops Aman menangani Perhimpunan “Malam Solidariti Bersama Adam Adli”.

Secara profesional beliau berjaya mengekalkan sifat tenang, sabar, berbudi bahasa, tegas dan komited sehingga dapat mengawal keadaan daripada kucar kacir walaupun beliau telah dicerca, dimarah, disorak, ditengking, dihina dan dicabar oleh peserta-peserta perhimpunan.

Ini menggambarkan kefahaman dan kepatuhan beliau terhadap dasar semasa dan pendekatan pasukan dalam situasi ketenteraman awam dan sewajarnya dijadikan contoh kepada yang lain.
Tahniah Konstabel Muhalim!

* Gambar Konst. Muhalim dimaki hamun itu sempat dirakam oleh jurugambar Utusan Malaysia, Izham Jaafar.

(Visited 11 times, 1 visits today)

Comments

comments