Tiga gengster pukul ketua kelas dibuang sekolah

KUALA LUMPUR – Tindakan tiga pelajar samseng membelasah seorang ketua kelas di sebuah sekolah di Pulau Pinang berbalas apabila mereka dikenakan hukuman buang sekolah.

Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook memberitahu, kes yang berlaku pada 4 Mac lalu telah diselesaikan oleh pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah.

“Hasil semakan dan maklumat orang awam, pihak PDRM mendapati bahawa klip video kes buli yang tersebar menerusi media sosial yang berlaku pada 4 Mac lalu telah diselesaikan pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah.

“Tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah,” kata kenyataan itu.

Semalam dilaporkan, perbuatan samseng tersebut terbongkar selepas video mengenai kejadian buli itu tersebar di laman sosial YouTube dan Facebook hingga mendapat kecaman orang ramai.

(Visited 32 times, 1 visits today)

Comments

comments