Sneijder sertai Galatasaray

Istanbul: Bintang tengah Belanda, Wesley Sneijder sah menyertai kelab Turki, Galatasaray selepas gagal mencapai persetujuan dengan Inter Milan mengenai kontrak permainan.

Sneijder bersetuju dengan perjanjian itu dalam satu temubual siaran langsung di laman web Galatasaray (www.galatasaray.org) dan berharap melakukan kemunculan sulung pada pertembungan jiran setempat menentang Besiktas minggu depan.

“Pasti menarik dan suasananya mengagumkan, saya tidak sabar ke sana dan bermain perlawanan pertama,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

“Saya akan membuatkan peminat Galatasaray berasa amat bangga dan gembira. Saya tidak sabar bertemu mereka.” Sneijder muncul antara pemain terbaik dunia pada musim 2009-10 dan walaupun gagal mengekalkan kedudukan itu, keputusannya untuk berhijrah keluar dari lima liga terbaik Eropah pasti mengejutkan pengkritiknya.

Seorang pakar sepakan percuma, Sneijder menyertai Inter pada 2009 selepas dua musim bersama Real Madrid dan membantu mereka memenangi Serie A, Liga Juara-Juara dan Piala Itali dalam musim pertamanya bersama skuad kendalian Jose Mourinho.

Dia turut membantu Belanda layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010. – Reuters

(Visited 13 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,